| Laman Utama | |
©2006 SMKKN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERAK & PAHANG |
|||||
|
Lawatan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling ini telah diadakan pada 5 Mac hingga 7 Mac 2008 (3 Hari 2 Malam - Rabu hingga Jumaat ). Antara tempat-tempat yang telah dilawati adalah:
Program ini bertujuan untuk : Memberi pendedahan secara lebih mendalam mengenai kehidupan di kampus dan prospek kerjaya agar menjadi panduan dan halatuju mereka nanti selain dapat mendekati dunia luar dengan lebih dekat lagi. Meningkatkan pengetahuan secara lebih mendalam mengenai kursus-kursus yang ditawarkan serta prospek kerjaya. Mendedahkan pelajar mengenai kehidupan di kampus agar dapat memberi motivasi kepada mereka untuk mengejar cita-cita. |
||||
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PMR DAN SPM 2008 |
|||||
|
Program yang telah dijayakan oleh penceramah jemputan, RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN (penceramah motivasi – Golden Mind Consultant) telah diadakan pada 24 Mac 2008 bertempat di Dewan Perdana SMK Kuala Nerang. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah pelajar - pelajar tingkatan 3 dan 5. Program yang banyak menyingkap teknik untuk mencapai kecemerlangan ini mengandungi beberapa modulnya yang tersendiri. Antara modul-modulnya ialah:
|
||||
MINGGU PPSMI |
|||||
|
Dengan bertemakan “UNITY OF PPSMI AND ICT STRENGTHENS KNOWLEDGE” , minggu PPSMI telah berlansung pada 6 April hingga 10 April 2008. Pelancaran majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua sendiri iaitu Tuan Hj. Mokhtar bin Hashim. Minggu PPSMI telah dilansungkan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dengan lebih mendalam tentang penguasaan mata pelajaran - mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat. Antara aktiviti yang telah dijalankan :
|
||||
PROGRAM JEJAK GEMILANG BERSAMA AZALI AZLAN |
|||||
|
Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMKKN ini telah dijalankan pada 9 April 2008 ( Rabu ) bertempat di DEWAN PERDANA SMK KUALA NERANG. Program ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Selain daripada bertujuan untuk memberi motivasi dan beberapa tips penting sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, Azali Azlan juga tidak lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan 21 A yang telah diperolehinya. Kehadiran Azali Azlan, Duta Akademik GPMS 2008 diharap dapat menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar SMKKN bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang kelak. |
||||
| Laman Utama | |
©2006 SMKKN